Tuesday, 6 December 2016

Tragedi Pondok Pak Ya



Pada 22 September 1989, suatu tragedi kebakaran yang besar telah terjadi dalam sejarah kebakaran Malaysia apabila asrama perempuan atau Madrasah di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau "Pondok Pak Ya" di Guar Chempedak, Kedah telah musnah dijilat api. Kira-kira 27 pelajar termasuk kanak-kanak perempuan sekolah terbunuh. Insiden ini juga dikenali Tragedi Pondok Pak Ya oleh media tempatan.

Kejadian ini terjadi akibat daripada lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama tersebut telah terjatuh dan membakar tilam hingga merebak dan tidak dapat dikawal.

Sebanyak lapan blok asrama yang diperbuat daripada papan musnah dijilat api di dalam kejadian itu manakala 27 pelajar perempuan yang sedang nyenyak tidur telah terkorban akibat terhidu asap tebal.


Kesemua jenazah yang terkorban telah disemadikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya".

Kejadian ini juga telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut serta turun melihat sendiri keadaan ketika itu.

2 comments:

  1. perkongsian sejarah yang berguna..

    ReplyDelete
  2. pernah tengok telemovie pondok pak ya..sangat menyayat hati..

    ReplyDelete