Thursday, 1 December 2016

Kesultanan Kedah


Sultan-sultan Kedah Darul Aman berketurunan Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin yang bersemayam di Kota Setar. Sultan Muhammad Jiwa mempunyai hubungan yang rapat dengan Francis Light. Hubungan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh British. Francis Light telah menghasut baginda sehingga baginda merasakan bahawa baginda juga layak menjadi Maharaja Empayar Islam siam Ayuthia.

Sultan Muhammad Jiwa mempunyai beberapa orang putera, antaranya ialah Paduka Seri Sultan Abdullah Mukarram Shah yang merupakan bukan anak gahara. Baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Pulau Pinang. Namun demikian, baginda telah membuat perjanjian menyerahkan Pulau Pinang kepada British yang diwakili oleh Francis Light. Yang Di-Pertuan Negara Kedah Pasai Ma, Khalifah Syarif Abu Bakar Shah telah mendirikan kubu-kubu di kawasan Perai. Kubu-kubu ini kemudiannya dirampas oleh British.

Laksamana tentera Kedah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang merupakan anakanda Sultan Abdullah telah membawa tentera Thai menyerang Kedah Pasai Ma pada tahun 1821.

1 comment: