Wednesday, 16 November 2016

Apa Itu Khairat Kematian

Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.

Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.


Namun begitu, penggunaan istilah pungutan khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah, tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat kematian diwujudkan secara pungutan derma. Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

13 comments:

  1. Info yang berguna..masih ramai yang tak sedar akan kepentingan khairat kematian

    ReplyDelete
  2. Saya ingin bertanya,boleh ke saya menggunakan wang khairat kematian untuk tujuan lain selain urusan pengkebumian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang khairat kematian bukan semata-mata untuk tujuan pengkebumian tetapi juga sebagai membantu waris bagi meringankan bebanan kewangan, kos-kos berkaitan seperti tambang pengangkutan, mengurangkan kemurungan dan sebagainya. Oleh itu tidak bcrdosa jika digunakan untuk tujuan lain jika urusan berkaitan kematian telah selesai.

      Delete
  3. Assallamualaikum...baru2 ini suami telah meminta butiran diri ibu & ayah saya untuk dimasukkan kedalam khairat kematian sedangkan kedua orgtua saya ini masih hidup...boleh ke suami melakukkan demikian tanpa pengetahuan kedua orangtua saya..saya kurang pengetahuan tentang perkara ini..harap beri pencerahan...

    ReplyDelete
  4. khairat kematian ni bermaksud kalau kite atau anak isteri kite meninggal , duit upah penggali kubur dan segala urusan simati akan ditanggung oleh kutipan khairat kematian ke ? (sekadar bertanya)

    ReplyDelete
  5. khairat kematian ni bermaksud kalau kite atau anak isteri kite meninggal , duit upah penggali kubur dan segala urusan simati akan ditanggung oleh kutipan khairat kematian ke ? (sekadar bertanya)

    ReplyDelete
  6. khairat kematian ni bermaksud kalau kite atau anak isteri kite meninggal , duit upah penggali kubur dan segala urusan simati akan ditanggung oleh kutipan khairat kematian ke ? (sekadar bertanya)

    ReplyDelete
  7. Boleh sy tahu tak kalau khairat kematian ni kene bayar kat mana ye ? Kene jmpe siapa? N mcm mana pula dengan cara pembayaran die. Tk brapa faham laa. Boleh tlong jelaskan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila mendaftar dgn pihak msjid dan surau yg berhampiran tmpt tinggal sdra.

      Delete
  8. Assalamu'alaikum.. bolehkah wang khairat kematian ini di gunakan untuk keperluan rumah? Seperti keperluan makanan harian, servis kenderaan(sendiri), pembedahan dan sebagainya.. dan saya ingin tahu apa sesuatu yang tidak dibolehkan dalam pengunaan khairat kematian?..

    ReplyDelete
  9. berapakah had umur ahli khairat kematian

    ReplyDelete
  10. Sekiranya ahli khairat kematian layak terima wang khairat di sebabkan kemalangan jalanraya..ahli tidak meninggal dunia

    ReplyDelete