Friday, 9 December 2016

SMKDSO JUARA RUGBY MSSM 2008



Pasukan ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Omar (SMKDSO) dari Alor Setar telah muncul sebagai juara baru ragbi bawah 15 tahun negeri selepas membawa pulang gelaran juara kategori itu pada Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)-Milo 2008 peringkat negeri Kedah, Sabtu lalu. Pasukan itu yang beberapa tahun kebelakangan ini gagal menyerlah diperingkat negeri, bangkit untuk menafikan kehebatan lawan, SM Sains Pokok Sena (Saina) dengan kemenangan bergaya 5-0 pada final di padang Sekolah Tunku Abdul Rahman, Alor Star. Saina yang memburu kejuaraan ketiga dalam tempoh dua minggu selepas pasukannya meraih juara bawah 14 dan 16 tahun, gagal memberi saingan hebat sebelum ditewaskan SMKDSO. 

Kemenangan itu sekali gus membolehkan kedua-dua finalis itu mewakili Kedah ke Kejohanan Ragbi bawah 15 tahun MSSM-Milo peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan, hujung minggu ini. Pada separuh akhir, SMKDSO menamatkan cabaran pasukan pilihan, Sekolah Sultan Abdul Halim dari Jitra, 5-0 manakala Saina pula menang penentuan tendangan penalti 3-0 ke atas Kolej Sultan Abdul Hamid dari Alor Setar selepas kedua-dua pasukan terikat 5-5 dalam perlawanan penuh masa. Sebanyak 14 pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan.

No comments:

Post a Comment