Thursday, 8 December 2016

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar



Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar ditubuhkan pada Januari 1965 tanpa bangunan sendiri. Pada tahun itu seramai 330 orang pelajar bersama 17 orang guru menumpang di Sekolah Kebangsaan Derga, yang mana kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah.

Pada 1996, sebahagian daripada pelajarnya diagihkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kancut yang kini dikenali sebagai Sekolah Wan Sulaiman Siddiq. Hal ini disebabkan oleh pertambahan bilangan pelajar yang begitu pesat. SMKDSO dikenali dengan nama Sekolah Menengah Jalan Day (lelaki). Pertukaran kepada nama SMKDSO telah diisytiharkan pada 23 Februari 1969.

Pada  tahun 1972, SMKDSO telah menerima pelajar perempuan dan mengambil pelajar dari Yayasan Sabah. Pada tahun tersebut juga kelas bagi pelajar tingkatan 6 Rendah Sastera telah dibuka bagi menempatkan pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah di Kedah Utara . Tanggal 30 April 1972, merupakan tarikh bersejarah bagi SMKDSO apabila telah dirasmikan pembukaanya oleh Dato Syed Ahmad Sahabudin Al-Haj, Menteri Besar Kedah ketika itu.

Pada 1977 telah menyaksikan SMKDSO dibangunkan dengan pelbagai infrastruktur seperti surau, gelanggang tennis, dan asrama lelaki. SMKDSO telah menyertai pertandingan kebersihan dan kecantikan sekolah-sekolah menengah pada tahun 1988 dan telah menjadi johan peringkat daerah. Justeru, SMKDSO telah mewakili daerahke pertandingan tersebut di peringkat negeri! Kejayaan ini dicapai lagi apabila SMKDSO mendapat tempat ketiga di peringkat negeri Kedah pada tahun 1990.
    
Pada tahun 1990, SMKDSO telah mengadakan Hari Gerko (Hari Kokurikulum) buat kali pertama dalam sejarah penubuhunnya. Tahun 1999 telah menyaksikan SMKDSO mendapat penghormatan apabila diiktiraf sebagai sekolah Premier Daerah . Selain itu, SMKDSO turut memperoleh anugerah Sekolah Lima Bintang yang merupakan salah satu program yang menjadi rebutan setiap sekolah di negeri Kedah.

1 comment: