Saturday, 10 December 2016

SMK Syed Mohamed Al-Bukhary




Sekolah Menengah Syed Mohamed al-Bukhary telah ditubuhkan pada 1 Januari 1977. Pada awal penubuhan, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan 19 bilik darjah, 3 makmal sains, 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bilik masakan, bilik jahitan serta perpustakaan bagi menampung 404 orang pelajar dan 15 orang tenaga pengajar.

Sekolah ini ditubuhkan bertujuan bagi memberi pendidikan kepada para pelajar yang mendapat keputusan sederhana di dalam peperiksaan UPSR dan memberi peluang kepada calon-calon swasta yang mendapat A dalam peperiksaan SRP/PMR untuk meneruskan pelajaran mereka di tingkatan 4.

Sekolah ini kemudiannya memulakan kelas integrasi dengan mengadakan kelas untuk para pelajar cacat pendengaran pada tahun 1978. Program ini telah dikendalikan oleh dua orang guru terlatih dalam bidang berkenaan. Pelajar-pelajar ini kebanyakannya datang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohammad Shariff dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Malik.

Sekolah ini terlah dirasmikan pada 18 September 1982 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu, Tan Sri Datuk Haji Murad bin Mohd. Noor. Mulai dari saat itu, sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary bersempena dengan nama tuan empunya tapak tanah sekolah ini.



No comments:

Post a Comment