Saturday, 19 November 2016

Syed Mokhtar Al-Bukhary


Nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pastinya sudah tidak asing lagi pada kita.  Nama sebenar beliau ialah Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan jutawan dan ahli perniagaan melayu yang cukup dikenali dan dikagumi di Malaysia. Anak kelahiran negeri jelapang padi ini merupakan Pengerusi Yayasan Albukhary dan pernah dianugerahi sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Beliau dilahirkan di Alor Setar,Kedah pada tahun 1951. Keluarga bapanya Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Bapa beliau pernah merantau ke Thailand sebelum menetap di Alor Setar, Kedah pada pertengahan tahun 40-an.
Seawal umur 9 tahun, Syed Mokhtar dihantar untuk tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bharu sebelum kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael’s ketika di tingkatan dua.

Syed Mokhtar merupakan anak ketiga dari tujuh beradik dan hidup dalam serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang  terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil,meja mahupun kerusi.

Disebabkan oleh kesusahan hidup yang pernah dialami beliau membuatkan beliau makin kuat berusaha.




4 comments:

  1. I love blog walking13 December 2016 at 04:44

    Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary seorang tokoh yang amat saya kagumi. Beliau dah buktikan yang bangsa melayu juga mampu berjaya

    ReplyDelete
  2. Saya dapat panggilan setel ah mendaftar sebagsi pelabur terpilih pada 4hb. November 2025 untuk beberapa calun yg saya tak ingat. Cuma tanya betulkah pelaburan di pelawa kepada saya untuk rm9tolong beti pencerahan. 00 umtuk dapat 600 sehari atau sebulan saya tak jelas. Saya telah memohon. Seorang yg bernama ya ya hubungi saya dan beri no pw jika ada yg hubungi akan membantu . Ada sesispa boleh tolong saya Kamariah binti L.Mat berumur 79 tahun telah dihubungi petang tadi selepas memohon beberapa minit

    ReplyDelete
  3. Saya Kamariah binti L.Mat berumur 79 tahun ingin kepastisn tentang saham di beritaksn melslui ticktok 4Hb November 2025. Saya percaya Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yg menawarksn sahsm, saya ingin join 1200 atau 900 , saya tak pasti. Bolehlah mana2. Saya yidsk tahu apa2 mengensi sahsm. Tetapi saya aeorang tua dan kurang pendapatan untuk lrbih selesa. Boleh bantu saya ka?

    ReplyDelete
  4. Saya curiga kena scam, panggilan selepas saya memohon beritahu supaya saya sediakan wang rm900 pada hari Selasa, dan beliau Yaya akan hubungi saya aksn membimbing saya. Harap tolong maklumat sebenar atau scammer. Maaf saya bertsnya untuk kepadtisn.

    ReplyDelete