Saturday, 11 February 2017

Kempen Keanggotaan Dan Peluang Memenangi Hadiah Cabutan Bertuah




Penduduk sekitar Alor Setar boleh mengambil peluang menyertai sebagai ahli khairat dengan mengisi borang sebelum 20/3/2017. Isi borang keanggotaan dan cuba bayar RM55 untuk menjadi ahli dan anda bakal memenangi pelbagai hadiah menarik semasa mesyuarat agung ke 40 pada Sabtu 25 Mac 2017. Penerimaan ahli adalah tertakluk kepada kelulusan mesyuarat jawatankuasa khairat semasa.

Monday, 6 February 2017

Mesyuarat Agung Ke 40 Persatuan Khairat Kematian & Kebajikan Kg Aman Jalan Fajar







Selain menghadiri mesyuarat agung yang bakal diadakan pada Mac 2017 ini ahli yang hadir akan menerima elaun kehadiran dan peluang untuk memenangi puluhan hadiah cabutan bertuah yang bakal disediakan. Ahli dan penduduk sekitar adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung ke 40 Persatuan Khairat Kematian & Kebajikan Kg Aman Jalan Fajar Alor Setar Kedah pada tarikh dan tempat yang dinyatakan di bawah:

              Tarikh : 25 Mac 2017 ( Sabtu )
               Masa   :  9.00 - 11.00pagi
               Lokasi : Dewan Terbuka Kg Aman Jalan Fajar Alor Setar Kedah

Saturday, 10 December 2016

SMK Syed Mohamed Al-Bukhary




Sekolah Menengah Syed Mohamed al-Bukhary telah ditubuhkan pada 1 Januari 1977. Pada awal penubuhan, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan dengan 19 bilik darjah, 3 makmal sains, 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bilik masakan, bilik jahitan serta perpustakaan bagi menampung 404 orang pelajar dan 15 orang tenaga pengajar.

Sekolah ini ditubuhkan bertujuan bagi memberi pendidikan kepada para pelajar yang mendapat keputusan sederhana di dalam peperiksaan UPSR dan memberi peluang kepada calon-calon swasta yang mendapat A dalam peperiksaan SRP/PMR untuk meneruskan pelajaran mereka di tingkatan 4.

Sekolah ini kemudiannya memulakan kelas integrasi dengan mengadakan kelas untuk para pelajar cacat pendengaran pada tahun 1978. Program ini telah dikendalikan oleh dua orang guru terlatih dalam bidang berkenaan. Pelajar-pelajar ini kebanyakannya datang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohammad Shariff dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Malik.

Sekolah ini terlah dirasmikan pada 18 September 1982 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu, Tan Sri Datuk Haji Murad bin Mohd. Noor. Mulai dari saat itu, sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary bersempena dengan nama tuan empunya tapak tanah sekolah ini.



Friday, 9 December 2016

SMKDSO JUARA RUGBY MSSM 2008



Pasukan ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Omar (SMKDSO) dari Alor Setar telah muncul sebagai juara baru ragbi bawah 15 tahun negeri selepas membawa pulang gelaran juara kategori itu pada Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)-Milo 2008 peringkat negeri Kedah, Sabtu lalu. Pasukan itu yang beberapa tahun kebelakangan ini gagal menyerlah diperingkat negeri, bangkit untuk menafikan kehebatan lawan, SM Sains Pokok Sena (Saina) dengan kemenangan bergaya 5-0 pada final di padang Sekolah Tunku Abdul Rahman, Alor Star. Saina yang memburu kejuaraan ketiga dalam tempoh dua minggu selepas pasukannya meraih juara bawah 14 dan 16 tahun, gagal memberi saingan hebat sebelum ditewaskan SMKDSO. 

Kemenangan itu sekali gus membolehkan kedua-dua finalis itu mewakili Kedah ke Kejohanan Ragbi bawah 15 tahun MSSM-Milo peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan, hujung minggu ini. Pada separuh akhir, SMKDSO menamatkan cabaran pasukan pilihan, Sekolah Sultan Abdul Halim dari Jitra, 5-0 manakala Saina pula menang penentuan tendangan penalti 3-0 ke atas Kolej Sultan Abdul Hamid dari Alor Setar selepas kedua-dua pasukan terikat 5-5 dalam perlawanan penuh masa. Sebanyak 14 pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan.

Video Khairat Kematian Kampong Aman

Sebuah video berkisar tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan sedikit perkongsian tentang khairat kematian.



Thursday, 8 December 2016

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar



Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar ditubuhkan pada Januari 1965 tanpa bangunan sendiri. Pada tahun itu seramai 330 orang pelajar bersama 17 orang guru menumpang di Sekolah Kebangsaan Derga, yang mana kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah.

Pada 1996, sebahagian daripada pelajarnya diagihkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kancut yang kini dikenali sebagai Sekolah Wan Sulaiman Siddiq. Hal ini disebabkan oleh pertambahan bilangan pelajar yang begitu pesat. SMKDSO dikenali dengan nama Sekolah Menengah Jalan Day (lelaki). Pertukaran kepada nama SMKDSO telah diisytiharkan pada 23 Februari 1969.

Pada  tahun 1972, SMKDSO telah menerima pelajar perempuan dan mengambil pelajar dari Yayasan Sabah. Pada tahun tersebut juga kelas bagi pelajar tingkatan 6 Rendah Sastera telah dibuka bagi menempatkan pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah di Kedah Utara . Tanggal 30 April 1972, merupakan tarikh bersejarah bagi SMKDSO apabila telah dirasmikan pembukaanya oleh Dato Syed Ahmad Sahabudin Al-Haj, Menteri Besar Kedah ketika itu.

Pada 1977 telah menyaksikan SMKDSO dibangunkan dengan pelbagai infrastruktur seperti surau, gelanggang tennis, dan asrama lelaki. SMKDSO telah menyertai pertandingan kebersihan dan kecantikan sekolah-sekolah menengah pada tahun 1988 dan telah menjadi johan peringkat daerah. Justeru, SMKDSO telah mewakili daerahke pertandingan tersebut di peringkat negeri! Kejayaan ini dicapai lagi apabila SMKDSO mendapat tempat ketiga di peringkat negeri Kedah pada tahun 1990.
    
Pada tahun 1990, SMKDSO telah mengadakan Hari Gerko (Hari Kokurikulum) buat kali pertama dalam sejarah penubuhunnya. Tahun 1999 telah menyaksikan SMKDSO mendapat penghormatan apabila diiktiraf sebagai sekolah Premier Daerah . Selain itu, SMKDSO turut memperoleh anugerah Sekolah Lima Bintang yang merupakan salah satu program yang menjadi rebutan setiap sekolah di negeri Kedah.

Jom Sihat Bersama

Persatuan Khairat Kematian dan Kebajikan Kampong Aman telah mengadakan satu aktiviti 'Jom Sihat Bersama' bersama-sama dengan ahli-ahli persatuan.

Program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama melakukan aktiviti riadah dan menjadi masyarakat yang sihat.