Tuesday, 29 November 2016

Kolej Sultan Abdul Hamid

Kolej Sultan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai (KSAH) merupakan salah satu kolej perdana di Malaysia yang ditubuhkan sebelum kermedekaan. KSAH merupakan sekolah lelaki sahaja yang terletak di Alor Setar, Kedah.


KSAH telah diasaskan pada 8 Disember 1908 sebagai "Government English School" (GES) di sebuah bangunan berhampiran Balai Nobat, Alor Setar. Pengetua pertamanya ialah Encik Mohamad Iskandar(bapa Tun. Dr Mahathir).

GES merupakan sekolah Inggeris pertama di Kedah dan merupakan sekolah tertua di negeri Kedah. Pada tahun 1911, GES telah dipindahkan ke Jalan Penjara Lama(belakang IPD Kota Setar) dan telah dipindahkan lagi sekali pada tahun 1917 ke Jalan Langgar(tapak sekarang).

Pada tahun 1935 nama GES ditukar menjadi Sultan Abdul Hamid College (SAHC) sempena nama Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sekolah ini jugak turut dikenali sebagai KSAH dan para pelajar dipanggil Kolejians. KSAH turut diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah.




Sunday, 27 November 2016

Asal Usul Nasi Kandar


Nasi kandar amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara yang mana berasal dari Pulau Pinang. Nasi kandar biasanya nasi putih ataupun nasi yang sedikit berperisa dan dihidangkan bersama dengan kari dan juga lauk-pauk yang lain.

Istilah nasi kandar mula timbul apabila penjaja-penjaja nasi akan menjinjing(mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi dan nama itu digunapakai hingga ke hari ini oleh kebanyakan restoran-restoran Mamak atau India Muslim.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya akan diletakkan di dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi bau yang tersendiri. Hidangan nasi kandar juga biasanya akan dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Nasi kandar juga biasanya akan dilengkapi dengan hidangan sayur-sayuran seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran kuah kari dituang pada nasi dengan kuantiti yang banyak(kuah banjir) dan memberikan rasa yang unik.

Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama-sama dengan hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun sekarang kebiasaannya mangkuk melamin kecil digunakan untuk hidangan sampingan. Walaubagaimanapun, campuran kuah kari tersebut akan dicurahkan terus pada nasi.

Antara kedai nasi kandar famous Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Subaidah dan Nasi Kandar Pelita.

Friday, 25 November 2016

Aktiviti September 2016

Pada september lepas, persatuan khairat telah menjalankan beberapa aktiviti bersama-sama dengan ahli yang lain. Persatuan telah mengadakan majlis korban bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha dan juga sedikit jamuan makan tengah hari..
 Sekitar majlis korban
Jamuan makan tengah hari

Tuesday, 22 November 2016

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah berasal daripada kelas-kelas aliran Melayu di Sekolah Menengah Sultanah Asma. Pada tahun 1964, sekolah ini telah diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Alor Setar setelah dipisahkan daripada Sekolah Menengah Sultanah Asma walaupun masih menumpang bangunan sekolah tersebut.

Pengetua pertama sekolah tersebut merupakan Puan Aishah Hanum Dadameah dengan bilangan guru seramai 26 orang dan pelajar seramai 625 orang. Jumlah kelas pada waktu itu sebanyak 16 buah kelas.

Pada 25 September 1966, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Sultanah (Jalan Day), Alor Setar.

Bangunan sekolah ini terdiri daripada 4 buah bangunan 2 tingkat yang terdiri daripada 16 buah bilik darjah, 2 bilik makmal Sains, sebuah bilik masakan, jahitan, Seni Lukis, Ilmu Alam dan Alat Pandang Dengar. Manakala bangunan asrama pula mampu memuatkan kira-kira 100 orang pelajar.

Saturday, 19 November 2016

Syed Mokhtar Al-Bukhary


Nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pastinya sudah tidak asing lagi pada kita.  Nama sebenar beliau ialah Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan jutawan dan ahli perniagaan melayu yang cukup dikenali dan dikagumi di Malaysia. Anak kelahiran negeri jelapang padi ini merupakan Pengerusi Yayasan Albukhary dan pernah dianugerahi sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Beliau dilahirkan di Alor Setar,Kedah pada tahun 1951. Keluarga bapanya Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Bapa beliau pernah merantau ke Thailand sebelum menetap di Alor Setar, Kedah pada pertengahan tahun 40-an.
Seawal umur 9 tahun, Syed Mokhtar dihantar untuk tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bharu sebelum kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael’s ketika di tingkatan dua.

Syed Mokhtar merupakan anak ketiga dari tujuh beradik dan hidup dalam serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang  terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil,meja mahupun kerusi.

Disebabkan oleh kesusahan hidup yang pernah dialami beliau membuatkan beliau makin kuat berusaha.




Wednesday, 16 November 2016

Apa Itu Khairat Kematian

Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.

Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.


Namun begitu, penggunaan istilah pungutan khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah, tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat kematian diwujudkan secara pungutan derma. Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Monday, 14 November 2016

Sejarah Persatuan Khairat Kematian dan Kebajikan Kampong Aman

Persatuan Khairat Kematian dan Kebajikan Kampong Aman, Alor Setar, Kedah ditubuhkan kira-kira 40 tahun lepas. Persatuan ini ditubuhkan di Madrasah Al-Amaniah Al-Khairiah, No 14, Lorong Fajar 3, Jalan Fajar Off Jalan Sultanah, 5350 Alor Setar, Kedah.

Tujuan dan matlamat persatuan:

  • Menggalakkan ahli bersatu dan berkerjasama pada memberikan bantuan kewangan apabila berlaku kematian kepada ahli atau tanggungannya untuk membantu keluarga si mati yang bertanggungjawab menyempurnakan pengkebumian jenazah si mati. 
  • Menggalakkan ahli-ahli supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka.
  • Untuk menjaga ahli-ahli di dalam hal-hal kebajikan dan kegiatan kemasyarakatan yang berteraskan nilai-nilai keislaman.